Vitamin World

Rabu, 25 Mac 2009

BAGAIMANA MEMBINA BLOG UNTUK WANG?

Kepada sesetengah orang membuat tanggapan atau menganggap bahawa blog hanyalah membekalkan pembaca dengan maklumat pelbagai tempat, kegemaran atau kepentingan peribadi. Dalam pada itu, ada juga yang mendapat banyak faedah daripada blog mereka yang mampu dan berjaya meraih pendapatan.

Sesetengah orang begitu hairan dan kagum bagaimana memperolehi wang hanya melalui penulisan artikel di website sendiri pada setiap hari. Disini menjelaskan bahawa blog yang menpunyai jaringan trafik yang banyak mempunyai potensi untuk mengaut keuntungan.

Ini ialah TIGA perkara asas untuk menghasilkan blog yang boleh menghasilkan wang:
1. Gunakan "link affiliate" untuk mengiklankan barangan atau perkhidmatan yang sudah ada "online". Setiap jualan akan memberikan komisyen kepada anda. Salah satu "market place" yang paling dikenali dengan pelbagai produk affiliatenya ialah ClickBank.com. Apa yang perlu anda buat ialah hanya membuka akaun dengan ClickBank
2. Hasilkan jumlah "traffic" yang besar dan ruangan iklan untuk pengiklanan di blog atau website anda. Website yang mempunyai "traffic" yang tinggi akan menyebabkan penaja datang meletakkan "Banner"; "text-links" atau artikel yang bermutu dan ada kualiti akan menghasilkan pendapatan yang lumayan.
3. "Google AdSense" - Ini adalah suatu program atau kaedah "online yang berpengaruh dan berupaya menarik ramai orang untuk menggunakan kaedah ini pada masa kini. Ianya memerlukan kreativiti untuk mencipta akaun "Adsense" bersama "Google". Kedua-duanya akann menganalisa kandungan website anda dari segi maklumat dan "link" yang sesuai untuk diletakkan di laman blog anda. Setiap "clicks" yang dibuat oleh pelawat akan dibayar.

Dalam pada itu, untuk kejayaan seseorang penulis blog bagi menjana pendapatan ialah sentiasa "berfikir di luar kotak". Selepas anda sudah berjaya menghasilkan jumlah "traffic" yang tinggi ke blog anda, ciptakan produk sendiri untuk dipasarkan secara "online" melalui laman yang berasingan. Ini bak kata orang "Membunuh dua ekor burung dengan sebutir peluru".

Jika website ini berjaya "memandu" jumlah "traffic" yang bermakna, mengapa anda tidak menghasilkan produk sendiri dengan menggunakan "prime banner space" untuk promosi?Beberapa orang penulis laman web atau "blogger" menggunakan sumber maklumat mereka sebagai iklan percuma untuk produk mereka sendiri dan menghasilkan jumlah pendapatan daripada "clicks" dan perbincangan atau forum tentang jualan produk.

Apabila memasukkan kandungan pada blog, pastikan menulis artikel yang unik. JANGAN menciplak penulisan atau artikel dari blog lain kerana bukan sahaja akan menyusahkan anda tetapi akan memberi gambaran gambaran buruk tentang blog anda di masa akan datang.

Tulis setiap hari. Ini bukan sahaja memperbanyakan kandungan kepada pengunjung blog anda, tetapi membantu jumlah traffic ke blog anda melalui search engine yang sentiasa mencari maklumat atau kandungan terbaru dan menempatkannya dalam senarai search-querries mereka.

Membuat duit melalui blog, amatlah mudah melalui penulisan yang bermaklumat, artikel yang unik akan menhasilkan pendapatan yang lumayan.Langkah yang amat penting ialah membina pembaca asas yang setia disamping berjaya "memandu" traffic serta menambah kandungan (content) secara kerap dan "consistent" akan menghasilkan impak yang besar untuk menjadikan blog anda sebagai suatu penggerak utama mendapat ganjaran tunai yang berpanjangan.


IMPAKAUTOBLOG

Isnin, 23 Mac 2009

MONEY BLOGGING

Vitamin World

Ramai orang suka bekerja makan gaji, sama ada sebagai kakitangan kerajaan atau pun swasta. Tidak ramai yang ingin menjadi usahawan bekerja sendiri, terutamanya orang-orang Melayu. Terdapat banyak sebab, mengapa orang Melayu tidak ramai yang menjadi usahawan. Antara sebab yang paling ketara ialah ketiadaan modal sebagai asset penting untuk menjalankan sesebuah busines. Ini yang paling ketara jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Malaysia, terutamanya bangsa Cina.


Pendapatan seseorang yang bekerja dengan swasta atau kerajaan sebenarnya adalah cukup untuk "hidup senang" tetapi untuk menjadi "kaya-raya" jauh sekali. Sedikit renungan tentang gaji kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia (Guru):Seorang guru yang telah tamat pengajian Ijazah di universiti selama lebih kurang 5 tahun akan mendapat gaji permulaan sebanyak RM1695.85 (tidak termasuk elaun). Katakan semasa itu, guru berkenaan berusia 25 tahun. Beliau akan bekerja selama 5 tahun mencapai usia 30 tahun dan dibayar gaji pokok sebanyak RM2057.65. Guru berkenaan berkahwin dan mendapat seorang cahaya mata. Untuk mendapat DG44, seorang guru akan terpaksa berkhidmat paling kurang 10 tahun dan dibayar gaji DG44 sebanyak RM2982.99. Cuba renuingkan, untuk mendapat gaji sebanyak hampir RM3000.00, seorang guru perlu berkhidmat 10 tahun.
Saya ingin bandingkan dengan pendapatan pekerja kumpulan lain seperti Perubatan (Doktor).
GAJI GURU DG41:
T1P1: RM 1695.85
T2P1: RM 1786.30
T3P1: RM 1876.75

GAJI DOKTOR U41:
T1P1: RM 1738.43
T2P1: RM 1818.29
T3P1: RM 1898.15

Ini jelas menunjukkan perbezaan yang amat jelas dimana gaji guru lebih rendah dari pendapatan seorang doktor.

Sehubungan dengan itu, kita digalakkan menceburi bidang perniagaan. Kita tidak mampu menceburi perniagaan di bumi nyata, namun kita boleh mencubanya di alam maya seperti apa yang dikatakan sebagai MoneyBlogging atau menyertai affiliate program serta online marketing.
Vitamin World


IMPAKAUTOBLOG

Vitamin World