Vitamin World

Isnin, 23 Mac 2009

MONEY BLOGGING

Vitamin World

Ramai orang suka bekerja makan gaji, sama ada sebagai kakitangan kerajaan atau pun swasta. Tidak ramai yang ingin menjadi usahawan bekerja sendiri, terutamanya orang-orang Melayu. Terdapat banyak sebab, mengapa orang Melayu tidak ramai yang menjadi usahawan. Antara sebab yang paling ketara ialah ketiadaan modal sebagai asset penting untuk menjalankan sesebuah busines. Ini yang paling ketara jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Malaysia, terutamanya bangsa Cina.


Pendapatan seseorang yang bekerja dengan swasta atau kerajaan sebenarnya adalah cukup untuk "hidup senang" tetapi untuk menjadi "kaya-raya" jauh sekali. Sedikit renungan tentang gaji kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia (Guru):Seorang guru yang telah tamat pengajian Ijazah di universiti selama lebih kurang 5 tahun akan mendapat gaji permulaan sebanyak RM1695.85 (tidak termasuk elaun). Katakan semasa itu, guru berkenaan berusia 25 tahun. Beliau akan bekerja selama 5 tahun mencapai usia 30 tahun dan dibayar gaji pokok sebanyak RM2057.65. Guru berkenaan berkahwin dan mendapat seorang cahaya mata. Untuk mendapat DG44, seorang guru akan terpaksa berkhidmat paling kurang 10 tahun dan dibayar gaji DG44 sebanyak RM2982.99. Cuba renuingkan, untuk mendapat gaji sebanyak hampir RM3000.00, seorang guru perlu berkhidmat 10 tahun.
Saya ingin bandingkan dengan pendapatan pekerja kumpulan lain seperti Perubatan (Doktor).
GAJI GURU DG41:
T1P1: RM 1695.85
T2P1: RM 1786.30
T3P1: RM 1876.75

GAJI DOKTOR U41:
T1P1: RM 1738.43
T2P1: RM 1818.29
T3P1: RM 1898.15

Ini jelas menunjukkan perbezaan yang amat jelas dimana gaji guru lebih rendah dari pendapatan seorang doktor.

Sehubungan dengan itu, kita digalakkan menceburi bidang perniagaan. Kita tidak mampu menceburi perniagaan di bumi nyata, namun kita boleh mencubanya di alam maya seperti apa yang dikatakan sebagai MoneyBlogging atau menyertai affiliate program serta online marketing.
Vitamin World


IMPAKAUTOBLOG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan komen anda!

Vitamin World